Dalam ke gairahan peniaga pakistan untuk menyingkirkan pesaing dalam perniagaan,mereka ini tidak pernah rasa malu membawa Sami Budha ke canopy nya untuk membuat mentera.Orang masih ramai lagi di sekitar pusat beli-belah tu, 3 orang sami budha di bawa masuk ke canopy. Untuk apa tu kalau bukan untuk melakukan mentera-mentera syaitan.Waktu tu aku bersama isteri sedang menutup canopy dengan mengikat canvas ke tiang canopy.Kebetulan aku yang mengikat canvas ke tiang yang bersebelahan dengan canopy nya.Terpandang lah saya 3 orang Sami Budha tu berdiri di sudut canopy tu dengan tangan di ayun-ayun kan ke kiri dan ke kanan gaya orang melakukan mentera.Hanya kerana cita-cita jahat untuk menjatuhkan pesaing mereka ini sanggup mengupah Sami Budha untuk upacara "pulih semangat?" tempat perniagaan nya.Kalau tanya aku, Islam ke Pakistan tu?.Aku akan jawab macam ni,"Nampak macam Islam.Bila tegur tak lupa beri salam.Siap tunduk-tunduk kepala lagi,dengan senyum yang tak pernah lekang dari bibir setiap kali beri salam.Hari Jumaat tutup canopy siap tulis "TUTUP KERANA SOLAT JUMAAT".Dalam satu insiden pula seorang kawan pernah nampak Pakistan ni buat upacara "doa selamat" di cawangan nya di Prima Saujana.Dia nampak dengan mata kepala nya sendiri sekumpulan lelaki, tak pasti Islam ke,Hindu ke,Singh ke; di kedai tu berdiri seperti berzikir.Tapi kawan aku ni tak pasti pulak sebutan "zikir nya".Dan yang membuatkan dia terpaksa menolak pelawaan Pakistan untuk ikut serta dalam "upacara" tu ia lah bila kelihatan botol-botol dan tin-tin minuman keras berderet di lantai!.
Jadi kesimpulan nya,pada pendapat saya ISLAM Pakistan yang satu ni memang hebat sungguh-sungguh lah.Saya tak berani komen lebih-lebih.Kena bab ni kena tanya JAIS atau Mufti.Mereka lebih arif.Saya sendiri pernah terserempak dia ni datang Masjid Saujana Impian hari jumaat sewaktu Imam sedang membaca doa dan jemaah berduyun-duyun keluar!Boleh lah ambil yang positif je,kebetulan dia tu dia terlewat......banyak urusan.
Bercerita tentang Sami Budha yang di bawa oleh peniaga Pakistan tu ke canopy dia malam tu.Saya tak boleh buat apa-apa.Canopy tu dia yang bayar sewa.Kalau dia buat tak baik pun tak apa lah kubur masing-masing.Tapi yang tak sedap nya,pagi esok tu sorang Sami Budha tu "sesat" pulak kat rumah sekitar sekitar pukul 9-30 pagi,waktu aku baru keluar dari rumah untuk ke kedai .Terkejut beruk bini aku yang ketika tu baru buka pintu nak sidai kain kat luar rumah.Melompat anak bujang aku dari dalam rumah menghalau Sami Budha yang sesat tu.Bila bini aku telephon,ceritakan kejadian tu aku dah dapat agak dah.Ini merupakan satu "episod" yang akan bersambung-sambung.Sepatut nya Pakistan tu bawa Sami Budha tu kat rumah dia,suruh "semah" rumah pulak selepas "semah" canopy perniagaan dia tu semalam.Ini tidak,hantar pulak kat rumah aku.Tak tau lah pulak kalau Sami Budha tu di panggil kerumah Pakistan tu tapi tersesat ke rumah aku pulak.Licik sungguh mainan Pakistan ni.Aku ingat dia ni keturunan anak haram yang tak sedar di untung.Menumpang kat tanah air orang nak tunjuk belang pulak.
Hanya beberapa hari lepas tu,aku mula rasa sakit di tapak kaki seperti ada paku tercucuk di dalam nya.Fikiran pula mula rasa tidak menantu.Kacau.Sementara bini aku mengalami bisa-bisa gatal di keliling tapak kaki nya.Sakit nya cukup buat dia rasa tak selesa terutama waktu nak tidur malam.Jadi setakat tu,aku dah dapat faham bahawa peniaga Pakistan tu memang benar-benar berniat nak menghancurkan perniagaan aku.
Hanya beberapa hari lepas tu,aku mula rasa sakit di tapak kaki seperti ada paku tercucuk di dalam nya.Fikiran pula mula rasa tidak menantu.Kacau.Sementara bini aku mengalami bisa-bisa gatal di keliling tapak kaki nya.Sakit nya cukup buat dia rasa tak selesa terutama waktu nak tidur malam.Jadi setakat tu,aku dah dapat faham bahawa peniaga Pakistan tu memang benar-benar berniat nak menghancurkan perniagaan aku.