Peniaga pakistan tak suka dengar bacaan ayat suci al-Quran?

sibuk-sibuk berjumpa perawat ramai  jugak lah yang mengesyorkan supaya bacaan ayat ayat suci a-Quran sentiasa berkumandang di canopy tu agar jin-jin dan syaitan sihir takut hendak menghampiri ke kawasan tu,apa lagi untuk masuk.Kebenaran nya memang tidak boleh di sangkal.Bukan saja jin dan syaitan sihir peniaga Pakistan tu pun takut bila mendengar bacaan ayat-ayat Quran.Peniaga Pakistan tu nampak sangat tidak senang hati bila terdengar bacaan tersebut.Sebab tu dia tak pernah lama duduk di canopy dia tu.Pernah satu ketika canopy aku di masuki orang ( tentu lah orang-orang Pakistan jugak kerana semua jaga dan yang tolak troli di pasaraya ni orang Pakistan).Siap tinggalkan tanda lagi dengan mengguris beberapa packet kopi siap bancuh aku  dengan pisau.Selain tu dia potong wire speaker mini aku.Aku gunakan speker tu untuk sambung ke labtop bila memainkan bacaan Quran .Kuat sikit bunyi nya.Tu yang aku katakan yang Pakistan sorang ni tak suka dengar bacaan ayat-ayat Quran.Apa specialnya Pakistan sekor yang beniaga kat Balakong ni tak tahu lah aku.Fobia sangat dengan bacaan ayat-ayat al-Quran.


Dah dua tiga kali aku uji pakistan yang seko ni.Bila dia datang ke canopy dia,aku cuba tutup semua bacaan yang saya mainkan menerusi labtop aku.Boleh tahan dia sampai lebih satu jam.Masaalah nya pulak bila aku tak pasang bacaan di laptop tu.Dia pulak memekak bercakap dengan nada yang kuat,saolah-saolah semua orang di sekeliling ni orang pakistan semua nya.Aku rasa dia lupa atau buat lupa dia tidak lagi berada di negeri Pakistan.Yang buat telinga aku panas bila dia berkesempatan melayan pelanggan.Saja je dia cakap dengan kuat agar orang sebelah (aku) mampu dengar percakapan nya.Mana tak panas telinga bila dengar ayat macam ni-"Saya aa..... Kajang saja ada 6-7 cawangan,London ada New York pun ada cawangan." Hehe geli telinga aku dengar.Hebat sekali Pakistan sekor ni!!!!Putar alam habis.Kalau pelanggan Melayu yang dengar temberang dia ni percaya tak tahu lah aku nak apa.............sendiri pikir la.Tup,tup seminggu,dua minggu lepas tu usung baju kat pasar malam,sebab jualan memang teruk dalam 1-2 minggu tu.Tu dia,ada cawangan kat London,New York.................kat pasar malam tu nak kira apa sub-sub-sub mini branch???.Kalau dah banyak kali sebut "sub" lebih kita ikut cakap cina di sini "sub-sub souy".


Tak suka dengar temberang bodoh dia, di samping tujuan menghindarkan gangguan sihir dia ni,aku pasang bacaan al Quran di labtop aku dari 10 pagi hingga 10 malam.Sekurang-kurang nya dapat jugak ingat 1-2 ayat ada faedah nya.


Bila aku mainkan ayat-ayat yang pendek secara berulang banyak kali,lama kelamaan surah-surah pendek yang dulu susah nak ingat dah boleh hafal dengan mudah sikit.Kalau tak tu.... faham jelah memori orang lama.Lembab sikit,dah banyak masuk angin.Nak di jadi kan cerita aku saja-saja cuba hafalkan Ayat-ayat Haikal yang terdiri dari beberapa ayat dalam 7 surah dalam Al Quran.Ayat-ayat tu lah panjang sangat,tapi nak bagi absorb masuk kat "memori tua" punya lah haru.Sampai siap photostat dalam 2 helai kertas,laminate lagi.Dah tu gantung kat tiang sangkut baju di canopy tu.Tiga ayat pertama sebelah kanan.Empat ayat selebih nya aku sangkut kat tiang sebelah kiri.Sekali pandang macam aku gantung "tangkal"Aku ketepikan dulu pandangan orang, yang penting nawaitu aku betul.Nak bagi cepat hafal.Alhamdulillah beberapa hari lepas tu boleh lah hafal semua.je


Ingatkan Pakistan yang seko nie je yang fobia dengan bacaan ayat-ayat al Quran ni rupa-rupa ada jugak lah saudara sebangsa kita yang tidak berapa suka mendengar bacaan tersebut.Kalau yang kaki rock ke,kaki punk ke aku boleh fahamlah.Tapi kalau yang mencemuh tu pimpin dua orang cucu.....!Bayangkan lah apa dah jadi dengan Islam kita di Malaysia ni.Patut lah orang-orang macam Pakistan ni berlumba-lumba datang ke Malaysia ni.Sebab ramai "suku-sakat" sehati sejiwa dia.Macam mana pun,orang-orang yang jenis ini tak banyak yang saya jumpa.Yang sokong tu memang ramai.

Sejak amalkan ayat-ayat tu kejadian gangguan di rumah dan canopy agak berkurangan.Tapi cara itu sahaja saya rasa tidak mencukupi untuk menyelesaikan masaaah yang saya hadapi.Ini bukan di sebabkan oleh bacaan tersebutkurang power ke apa ke, tetapi kerana keupayaan kita sendiri yang agak terhad dan tidak mampu untuk menyahkan terus jin dan syaitan sihir yang sentiasa sahaja menunggu peluang untuk menggagalkan urusan perniagaan kita.Kerap kali jugak lah aku dapat rasa perniagaan aku di permain kan oleh mereka-mereka yang bersekongkol dengan jin dan syaitan ni.Selagi tidak ada bukti aku tidak boleh nak kata atau cerita apa-apa.