Jin dan Syaitan berkeliaran waktu siang di kawasan perniagaan.

Sebaik sahaja jin "remote control Pakistan" tu yang di letakkan di awag awangan canopy aku berjaya di pindahkah,pelbagai reaksi yang melucukan aku dapat tonton pada ke esokan hari nya.Pagi pagi lagi aku dah dapat rasa aku sudah melepasi satu halangan besar.Pekerja pakistan tu ( orang Pakistan gak-lelaki) keluar masuk canopy.Sekejap jawab telephone.Sekajap buat panggilan telephone.Sebijik macam kucing hilang anak.Setiap kali aku dapat jualan,mata nya memandang seolah olah aku ni menjual barangan kepunyaan bapak nya.Pandangan nya pandangan geram dan dendam,itu yang saya rasa.Sebelah petang nya pulak,peniaga Pakistan ni datang masuk canopy sekejap lepas tu keluar.Berdiri jarak 20-30 meter di hadapan canopy nya,seolah olah memerhatikan pekerja nya sahaja.Tapi saya nampak jelas anak mata nya melirik ke awang awangan seolah olah memerhatikan sesuatu di awang awangan di mana terletak nya jin kepunyan nya yang dah kita buang semalam.

Muka nampak macam tak puas hati.Jin remote control peliharaan nya yang selama ini banyak membantu dia membuat jualan dah di kebas orang.Sebentar kemudian datang dua orang lagi orang-orang nya melihat-lihat di tempat yang sama.Padan muka.

Dari pengalaman saya yang dah hampir 4 tahun di Balakong ni memang masak sangat perangai pakistan sekor ni.Kalau dah kawan baik nya jin dan syaitan, dah confirm perangai nya sebiji perangai syaitan jugak lah.Sebijik tak ada kurang nya.Agenda nya setiap hari macam mana nak buat orang lain susah,menderita akibat perbuatan nya.Kalau orang yang jenis hati dia ada sedikit cahaya keinsafan,waktu tu sepatut nya dia dah dapat faham,yang kekal tu Allah semata-mata.Yang memberi rezeki tu Allah yang Maha Berkuasa.Bukan nya jin yang dia bela tu!.


Kuat kuat jin yang dia puja hari-hari tu setakat mana lah sangat.Memang kawan aku yang tarik tu nampak benda tu besar.Dia "tarik" guna dua tangan.Tapi tak berpeluh pun kawan aku tu tarik benda tu.Dah tu pindah kan dia guna sebelah tangan je!Mana kekuatan dia?Apa yang terjadi,sebenarnya tidak pernah mematahkan semangat peniaga ini untuk terus mengamalkan sihir-sihir nya.Sehingga dia berjaya mencapai apa yang di idam-idam kan nya.Ketiadaan jin sihir awang-awangan nya tidak sedikit kan melumpuh kan aktiviti sihir nya.Memang dari segi tekanan yang mampu di berikan oleh kepada aku melalui sihir nya agak berkurangan.


Kalau dah dasar hati iblis alias syaitan tu,dia tak akan berhenti menganiaya orang.Bila jin kesayangan di kebas orang dia mula jadi macam orang gila talak.Bermacam-macam benda pelik dia buat.Maklum lah semua pekerja tolak troli di pasaraya ni dan dan pengawal keselamatan terdiri orang-orang yang seangkatan dengan dia (orang-orang Pakistan),senang dia hasut.Nak mengadu pada Pengurus pasaraya? Kena fikir 10 kali sebab ada tanda-tanda pengurus tu dah di ikat "telur" dia oleh peniaga Pakistan ni.Bukti nyata memang tak ada.Tapi kalau pengurus pasaraya tu boleh di panggil oleh peniaga tu ke tempat letak kereta untuk mengambil chek sewa bulanan bersama dengan satu sampul berasingan,apa erti nya?.Bukan nak tuduh yang bukan bukan,tapi kemungkinan ujud nya pertalian yang meragukan   kan tu memang tidak boleh di sangkal.


Hampir setiap hari ade je yang  pelik di letak kan oleh kuncu-kuncu nya di dalam atau di persekitar canopy perniagaan aku.Taburan bulu ayam entah mana datang nya bertabur  di dalam canopy aku sebaik waktu senja.Pada hal pagi tu lantai canopy tu dah di bersihkan.Tidak ada secarik bulu ayam pun kelihatan.Keadaan macam tu berlarutan sehingga beberapa hari.Alhamdulillah,tidak ada sebarang kesan negatif pun yang aku rasa pada diri,keluarga dan perjalanan perniagaan aku.


Selain tu ada jugak terdapat kesan air di simbah di hadapan canopy aku tu.Tak cukup dengan tu,di tabur dengan habuk papan (tak pasti lah apa benda dia tapi hampir menyerupai habuk papan).Dan yang paling menggelikan hati tiba-tiba je waktu pagi pembantu aku menunjukkan sejumlah duit syilling yang di jumpai nya sewaktu menyapu lantai canopy tu.Jumlah nya tak lah banyak mana sekadar 60-70 sen,campuran duit syilling 10 sen dan 20 sen.Sebaik aku "scan" aku boleh faham ada "benda gangguan" yang di hantar melalui syilling-syilling tu,aku "tarik dan buang" je benda gangguan tu.Kemudian menyuruh pembantu aku ambil dan menggunakan nya untuk buat tambahan beli air.Dua hari je duit syilling tu kelihatan di lantai canopy aku tu.Aku ingatkan dia berani dan mampu buat hari-hari.


Bila dah penat membuat benda-benda tu mula lah di mengalih taktik pulak.Dia cuba membuat sesuatu yang nampak "garang" sikit.Membunuh seekor anak kuching secara zalim dan meletakkan betul-betul di tengah-tengah canopy aku.Aku jumpa kuching tu waktu pagi.Hari tu pembantu aku cuti.Betul-betul aku rasa sedih,marah dan kesihan dengan cara kematian anak kuching yang tidak berdosa tu.Zalim sungguh!Seminggu lepas tu aku jumpa pulak kesan darah,nampak masih baru hanya 2 meter jarak dari canopy aku.Betul-betul dalam lalauan aku untuk membuka canopy aku.Benda-benda tu aku tahu.Sebenarnya ia jenis sihir yang di tujukan kepada aku untuk memberi kesan negatif kepada diri aku.Tak kah lah aku nak biarkan sihir-sihir nya tu bermaharaja lela di sekeliling canopy aku tu.



Gambar sebelah kiri.
Seekor anak kuching berumur lebih kurang 3-4 bulan di "hentak" dengan menggunakan kayu kayu bruti beberapa kali hingga mati (berdasarkan kepada kesan kececeraan nya).Kemudian di letak kan di tengah-tengah canopy aku.


Gambar sebelah kanan.
Setompok darah (tak tahu darah apa) hanya dua meter lebih dari canopy tempat laluan aku untuk buka canopy tiap pagi.




Aku betul-betul bernasib baik,kerana dah ada sedikit pengetahuan tentang punca-punca sihir dan bagai-mana benda-benda tu di hantar kepada mangsa.Di samping dah sedikit mahir dalam "scan" kehadiran jin-jin sihir tu.
Kalau tidak tu,kemungkinan besar sihir yang di hantar melalui kuching mati dan tompokan darah tu boleh  mengganggu  kehidupan aku.





Di hari yang lain pula pekerja aku di kejut kan dengan kesan darah yang  melekat pada plastic baju yang di gantungkan pada tempat gantungan baju di canopy aku.Kali ini aku rasa bukan darah yang di sihirkan tapi di calit sedemikian rupa semata-mata untuk menunjukkan kepada aku berapa berani nya mereka-mereka ini memasuki canopy aku.Nak buat lapuran polis tidak ada barangan yang hilang.Nak lapur kepada pengurus pasaraya,kurang percaya aku pada pengurus sekor ni.