Bila dah lama sangat aku rasa di permain kan mula lah kesabaran aku terhakis.Sebagai peniaga memang ada tindakan yang boleh di ambil untuk mempertingkat kan jualan harian dan bulanan.Mempelbagai produk jualan adalah cara biasa yang di ambil oleh mana-mana peniaga pun.Selain perlu mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti barangan yang di jual.Tapi bila semua tu dah di jaga,jualan masih jugak tak menentu.Sedangkan pesaing kita yang menjual barangan yang hampir sama mampu meraih jualan yang agak consisten setiap hari.Apa rasional nya?Apa kelebihan produk nya seperti baju-baju dan tudung-tudung yang di jual nya tu?Secara logik nya tak mungkin pelanggan yang kebanyakkan nya orang-orang melayu memilih baju yang di keluarkan oleh orang asing yang baru beberapa tahun kenal baju kurung,pakaian tradisional orang-orang melayu.
Yang pelik nya ada kes orang kita ni,perempuan melayu umur sekitar 40an,bila beli baju nampak kedai Pakistan.Dia tak nampak pun kedai kita sebelah ni.Tapi bila tak sedap pakai,nampak pulak dia kedai kita ni.Kemudian masuk siap marah-marah.Jahitan tak betul lah,pakai tak sedap lah,kain tak bagus lah!Aku cuba menahan marah sambil menyakinkan bahawa baju yang dia bawa nak tukar tu bukan keluaran kita.Masaalah nya, orang-orang species macam bila orang melayu cakap dia langsung tak nak dengar penjelasan kita.Bila dia dah buat aku geram macam tu,Mula lah aku cari jalan macam mana nak bagi tahu dia yang dia ni bodoh sombong.Tanpa buang masa saya masukkan semula baju yang dia nak tukar tu ke dalam plastik dia balik dengan tujuan nak buat dia lagi marah.Kemudian tu aku katakan pada dia,"kak tolong chek ada tak baju aka yang tak ada lebel macam nk?" sambil menunjukkan baju-baju yang tergantung di hadapan nya.Lepas tu kakak pergi kedai Pakistan sebelah cuba lihat ada tak baju yang dia yang ada lebel!.
Penjelasan aku tadi membuat dia terpaku.Tanpa minta maaf dia beredar ke kedai Pakistan tu.Suara marah nya tadi masa masuk ke kedai aku agak tinggi,cukup tinggi untuk di dengar oleh orang-orang sebelah.Tapi bila masuk kedai Pakistan tu,.................ala hai.cakap macam berbisik.Langsung aku tak dengar sepatah ayat pun!.Aku rasa orang macam ni,kalau kentut dia nak keluar masa berada kat kedai Pakistan tu,dia akan tahan.Sehingga lah dia masuk kekedai bangsa dia sendiri, dia tidak akan teragak-agak mengeluarkan kentut nya.Dia pasti akan rasa bangga dapat berbuat demikian!Kalau orang tu terbaca blog aku ni,aku nak ambil kesempatan ni untuk memberi tip beli-belah kat dia supaya tak membuat pembelian berdasarkan rasa-hati yang di pengaruhi oleh sihir peniaga.Sebaliknya membuat pembelian berdasarkan keperluan.Lihat dulu barangan yang anda beli tu.Adakah setanding mutu dengan harga nya.
Percaya kah anda kalau saya katakan,peniaga Pakistan ni boleh buat sihir untuk menarik orang ke kedai nya untuk membuat pembelian yang pada awal nya pembeli tersebut berniat untuk untuk membeli barangan dari aku!Puan Salmi (bukan nama sebenar) memasuki canopy aku untuk mencari baju.Setelah berjumpa baju yang di hajati nya dan puas hati dengan "discount" yang aku berikan dia meminta aku simpan baju tu hingga dia datang semula,selepas mengeluarkan wang di mesin ATM.Setelah mengeluarkan wang dari mesin ATM beliau masuk ke canopy peniaga Pakistan tu untuk mengambil baju yang di sangkakan aku simpan di situ.Pekerja Pakistan yang melayan nya tu di sangkakan pekerja aku.Bila balik rumah dia menelipon isteri aku bertanyakan kenapa baju ready made yang di jual di pusat jualan tu tidak ada lebel.Isteri aku yang tidak tahu apa-apa lantas menjawab.Siapa yang melayan awak tadi?Kebetulan waktu tu memang aku ada menggaji pekerja tapi dia bercuti hari tu.Dia menjawab "baju tu dah "negotiate" harga dengan suami kakak tadi (aku lah tu) tapi lepas keluar duit dari ATM Sal tengok budak Pakistan pulak yang jaga kedai abang" kata nya lagi."Bila sampai je di rumah nak test baru perasan jahitan nya tak macam baju yang biasa saya beli dari kedai kakak dulu.Dan lebel pun tak ada.Tu yang telefon kakak ni nak pastikan."
Isteri aku menjawab,"Sah lah Sal,awak tu dah kena dengan ilmu Pakistan tu.Bila pulak Abang tu menggajikan pekerja Pakistan".
|
Bila dah kerap sangat masaalah yang tidak masuk akal datang bertimpa tanpa di undang,terpaksalah mencari jalan penyelesai nya.Kalau tak nanti nahas,orang makan daging kita makan tulang.Sewa bulanan tak boleh tangguh.Waktu tu masaalah di rumah masih belum lagi reda sepenuh nya.Masih ada lagi gangguan.Sakit-sakit dan bisa-bisa di kaki aku dan isteri aku makin menjadi-jadi.Jadi terpaksa mencari perawat yang di yakini boleh menangani masaalah tersebut.
Di takdir tuhan berjumpa lah dengan seorang hamba Allah ni.Seorang Haji berumur sdekitar 40an.Setelah memberi penjelasan terperinci tentang masaalah yang aku hadapi,beliau terus memulakan proses rawatan.Dalam proses rawatan aku di faham kan,haji ni merawat dengan menarik semua jin-jin yang mengganggu dalam badan aku untuk di buang ke tempat lain.Bagi aku yang tidak biasa dengan cara ni terasa sangat janggal nya.Tidak ada menggunakan air minum,garam,limau dan sebagai nya.Yang pelik nya sebaik selesai proses rawatan selama lebih kurang 45 minit,aku terasa badan aku ringan dan bertenaga.Rasa bisa-bisa dalam tulang dan saraf tu hilang sama sekali.Termasuk sakit di kaki yang rasa macam ada paku tu sekali!.
Kuching di bunuh dan letakkan di tengah canopy,angkara siapa?
Malam tu dapat lah tidur lena tanpa rasa sakit di sendi-sendi tulang hingga hampir-hampir miss Solat Subuh.Subhanallah.Selepas sarapan pagi tu saya bersemangat buka kedai awal sikit.Pukul 9-30 dah siap buka kedai,biasa nya pukul 10-00 pagi.Dengan sedikit doa dan harapan semoga jualan hari-hari berikut nya akan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.Tapi yang terjadi adalah sebalik nya.Walau pun sebelah pagi dan petang tu ada jualan,tapi masuk je waktu Maghrib hingga tutup kedai pada pukul 10-00 aku tidak memperolehi sebarang jualan pun.Sedangkan orang berpusu-pusu di kedai sebelah tanpa henti.Peniaga Pakistan tu siap jeling-jeling sambil senyum lagi,seolah-olah puas dengan "kemenangan yang di capai nya" hari tu.
Beberapa hari selepas tu aku berkesempatan berjumpa dengan Tuan Haji yang merewat aku dulu.Kami sempat bersembang sambil minum pagi di sebuah restoren di Bandar Tun Hussein Onn.Cerita berkisar tentang cara-cara menghindarkan gangguan sihir terhadap perniagaan.Saya bertanyakan kepada nya kenapa bila di "rawat" canopy aku tu dan aku sentiasa memainkan bacaan Quran dalam canopy tu,masih ada lagi gangguan sehingga jualan harian aku terganggu.Tak mungkin lah jin dan syaitan gangguan tu tak lagi merasa takut bila mendengar bacaan ayat-ayat Quran tu.Tuan Haji tu ketawa sambil berkata "Mana dia nak takut dengan bacaan ayat Quran tu sebab semua jin-jin dan syaitan tu dah di "pekak kan" oleh tuan nya sebelum di lepas kan ke kawasan awak tu".Dia kemudian ketawa dengan nada yang sedikit tinggi.Sementara aku hanya mampu tersengeh kerana sedikit "confused" dengan kata-katanya.
Aku pernah dengar kisah silam dulu,dimana pengawal istana di "kasi" untuk memastikan kehadiran nya tidak mampu membuat hubungan dengan gundik-gundik raja.Isteri sihir suami supaya tunduk dengan perintah dan tak cari perempuan.Tapi "pekakkan" telinga jin dan syaitan supaya tidak terdengar dan tidak takut dengan bacaan al Quran??????Ini pertama kali aku dengar dalam sejarah hidup aku.Pandai sungguh haji sorang ni buat lawak,kata ku dalam hati.
|