Thursday, February 23, 2012

myMetro | Sangkar asmara

myMetro | Sangkar asmara

SEDIH...Hayati ketika ditemuramah wartawan Harian Metro.

KUALA LUMPUR: Dia dipaksa menggugurkan kandungan, dibawa ke negara asal suaminya hanya untuk melihat lelaki itu berkahwin dengan wanita lain dan kini, terpaksa pula menanggung hutang kad kredit serta pinjaman bank RM120,000 yang dibuat warga asing itu menggunakan namanya.

Itu antara penderitaan seorang peniaga wanita selepas berkahwin dengan lelaki Pakistan yang mempunyai niat tersembunyi mahu mengikis hartanya dan mempermudahkan diberi taraf pemastautin tetap (PR).

Peniaga pakaian itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati, 47, berkata perkahwinan dengan Mat Pakistan berusia 44 tahun itu yang kedua baginya selepas perkahwinan pertama dengan lelaki tempatan gagal.

“Hubungan kami bermula sebagai rakan sekerja. Ketika itu, dia tak punya sebarang harta dan antara kami tidak wujud perasaan cinta, sebaliknya lebih kepada perasaan mahu melengkapi hidup antara satu sama lain.


“Saya setuju menerima lamarannya mungkin kerana masih kecewa dengan kegagalan perkahwinan pertama,” katanya ketika mengadu kepada Pegawai Khas (Ibu Tunggal), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Khaty Kassim, baru-baru ini

Ye la kan bila masa 'top' tu anda dan suami anda memandang orang-orang Malaysia ni macam sampah.Oleh kerana orang-orang yang macam saudari lah pendatang-pendatang seperti ini senang ambil kesempatan.

1 comment:

  1. keluarga saya pun pernah alami perkara sihir nih , sampai la tutup kedai makan kami tapi rezeki masuk dr celah lain , pasal kes ramai org asing masuk malaysia nih satu kes , lg pun diaorg nih nak turnkan kos byr gaji pekerja la konon tapi lg mahal sebenarnya kalau difikirkan , tempat saya je ada perkerja asing tu demand sampai rm1200++++ , bygkan la org kita yg keje susah payah dpt rm700 je sebulan

    ReplyDelete