Mungkin kah peniaga Pakistan tu simpan jin dalam botol air mineral?

Tak sampai seminggu pun dari kejadian Sami Budha sesat kat rumah aku.Dah mula benda-benda pelik berlaku sama-ada di rumah atau di canopy perniagaan aku.Di rumah isteri dan anak-anak aku sering terdengar seolah-olah ada orang datang,tapi bila di tinjau tak ada sesiapa pun yang datang.Di atas syiling rumah sering kedengaran seperti kuching berlari-lari.Setiap kali aku solat kat rumah waktu malam aku sering terdengar saolah-olah ada benda jatuh dari syiling.Pada hal waktu itu anak-anak semua sudah tidur.Kalau anak aku bangun pun mesti ada bunyi tapak kaki kerana lantai rumah dari kayu.Dan kebiasaan nya anak aku akan bangun waktu malam atau pagi hanya sekiranya mereka ada urusan di bilik air sahaja.

Baju di palit darah .Apa punca nya dan apa tujuan nya.


Di canopy jualan ada saja massalah.Pelanggan merungut pakaian tak cantik,lengan panjang sangat,yang lain pulak kata lengan pendek sangat lah.Mula-mula tu rasa tersentak jugak.Tapi bila di fikirkan ukuran pakaian tu anak aku  yang buat.Dia belajar 2 tahun menjahit secara amali.Lepas tu praktikal dia 2 tahun solid.Dari pada hari mula-mula aku  jualkan baju keluaran nya sehingga sekarang,ini lah pertama kali aku dengar keluhan pelanggan yang paling tidak munasabah buat aku. Dah jual ukuran yang sama selama lebih 3 tahun orang komplen yang bukan bukan,mana tak naik angin.Dalam pada tu jualan turut merosot.Ambil pekerja Indon.Ingatkan ambil pekerja perempuan boleh dapat sale lebih,habok tarak.Mengabih an boreh ado lah.Dalam pada sibuk-sibuk jualan berkurangan,kaki sebelah kanan aku mula rasa seperti ada paku yang menyucuk.Isteri aku pula rasa seperti bisa-bisa di tapak kaki.Kami suami isteri sering naik angin menyalah kan antara satu sama lain.Anak-anak turut terima bahang nya.

Keadaan genting kami harungi selama lebih 2 tahun.Ada jugak dapatkan rawatan.Tapi sekadar rawatan sakit bisa-bisa di tempat rawatan biasa je.Tapi bila 2-3 orang pelanggan tetap komplen aku sering tutup kedai pada waktu-waktu aku berniaga,aku mula berikhtiar mencari mereka-mereka yang arif tentang selok-belok melawan ilmu sihir ini.Ini lah mula nya aku mencari pengetahuan tentang ilmu sihir.Bukan untuk belajar ilmu sihir itu tapi untuk mempelajari cara-cara untuk mengatasi nya.Cara-cara yang tidak sanggal oleh agama kita.Perlahan-lahan aku mula perasan tentang persekitaran aku.Botol-botol air mineral bersaiz kecil aku lihat hampir memenuhi ruang penyambung canopy antara canopy aku dengan canopy pakistan tu.Aku perhatikan dari bawah dan kira.Terdapat 8 biji banyak nya.Kesemua nya bertutup dan mempunyai sedikit air di dalam nya.Persoalan timbul,siapa yang meletakkan begitu banyak botol air mineral di atas canopy tu dan apa motif nya.Yang aku cari sekarang ni apa punca kaki aku sakit,kaki bini aku bisa-bisa,jualan berkurangan dan dan pelanggan sering tidak nampak kedai aku,sedang kan aku tidak pernah tutup kedai melainkan hari Jumaat.


Namun kesemua botol botol minuman yang ada di atas canopy tu aku keluarkan dan buang tanpa banyak soal.Dalam hati merungut "budak bodoh mana lah punya kerja ni?".Bila selesai je buang kesemua botol-botol tu ada sedikit perbedzaan.Tekanan rasa kurang dan jualan tu kalau kurang pun tak lah seteruk macam sebelum ni.Keadaan gangguan di rumah semakin menjadi-jadi.Hingga selepas mandi pukul 10 malam aku akan berpeluh walau pun kipas berputar "full speed" dan solat kerap terganggu.

Baru beberapa hari je aku "clearkan" kesemua botol-botol minuman di canopy tu tiba tiba aku perasan,bila petang je,mesti ada botol air mineral yang di letakkan orang berhampiran dengan tiang canopy aku.Tapi kali ni semua nya saiz 1.5L bukan saiz 500ml seperti yang di buang di atas canopy tu.Puas aku perhatikan setiap petang dan senja tapi gagal mengenal pasti orang yang meletakkan botol air mineral tersebut.Lagi pun waktu tu kesemua pekerja tolak troli dan pengawal keselamatan tu adalah terdiri dari orang-orang Pakistan.Memang nampak pertalian mereka-mereka ini dengan peniaga Pakistan tu.Kesemua mereka tu seolah-olah sudah di "program" memandang aku dengan pandangan yang mengikut "specifikasi" peniaga tu.Aku memang tak hairan langsung bab tu.Tapi bila dia boleh panggil pengawal keselamatan untuk mengeluarkan barang yang di bawa nya untuk di bawa ke canopy,aku sudah dapat agak.Mungkin ketua pengawal atau Pengurus Pasaraya (waktu tu India) atau kedua-dua nya sudah di "beli" atau di "ikat".
Itu anggapan aku saja.Mungkin betul mungkin tidak.


Persoalan nya sekarang,adakah botol-botol tersebut di letakkan hanya untuk memberikan tekanan saikologi kepada aku atau memang air itu ada unsur-unsur mistik yang boleh mengumpulkan jin di situ.Atau ada jin yang di simpan dalam botol air itu?Allahhualam.


Bukan saja kehadiran botol-botol yang hampir kosong tu je yang memelikkan aku.Ada lagi.Selipa buruk bersaiz xl, sering terdapat di persekitaran canopy perniagaan aku.Selain tu payung buruk,topi buruk,tayar buruk dan lain-lain barangan buruk lagi yang aku jumpa.Bagi aku ada dua kemungkinan je,sama ada  betul benda-benda tu di puja supaya pelanggan nampak barangan yang aku jual semua nya kelihatan buruk dan tak menarik.Atau itu hanya taktik saikologi untuk menakutkan,atau membuat saya rasa rimas dan risau.Atau mungkin jugak kedua-dua nya.










Dah penat meletakkan segala barangan buruk di sekeliling canopy,termasuk topi,seliper,tayar buruk,maka ubah pulak kepada benda-benda lain seperti seikat bunga pelbagai warna,beberapa kelapa muda yang sudah di potong bahagian atas dan yang dalam gambar ni pulak beberapa helai daun pandan.Apa lah tujuan Pakistan ni agak nya.