Friday, July 1, 2011

sihir pelaris, pengasih,penunduk dan pelalau dalam perniagaan

Amalan sihir dalam perniagaan masyarakat melayu memang tidak dapat hendak di nafikan.Walau pun ia nya amat di cegah dalam Islam,tapi pengamal nya tidak pernah berkurangan malah bertambah dari semasa kesemasa.

Monday, February 7, 2011

Salam pengenalan gaya sihir oleh peniaga Pakistan.

Aku yang telah sekian lama berniaga di pasar-pasar malam dan di pusat-pusat jualan di sekitar Kajang memang tidak pernah memikirkan keperluan menggunakan pelaris,tangkal apa lagi menggunakan sihir.Memang tidak di nafikan terdapat segelintir kawan-kawan seangkatan yang berniaga di pasar-pasar malam mengamalkan pemakaian tangkal/azimat sebagai satu cara melariskan perniagaan mereka.Walau pun ada kawan-kawan yang mengesorkan supaya aku cari benda-benda seumpama itu,namun aku tidak cepat terpengaruh kerana percaya rezeki boleh di perolehi dengan usaha gigih dan doa serta tawakal kepada Allah s.n.w.Selama 3 tahun berniaga di pasar-pasar malam sekitar Kajang,Cheras dan Bangi aku tidak merasakan atau nampak sebarang tanda-tanda,turun naik perniagaan aku di pengaruhi oleh tangkal dan sihir peniaga-peniaga lain.Tak tahu lah kalau aku tak perasan pulak.


Tahun 1996, dah penat rasanya berniaga di pasar-pasar malam aku beralih ke jualan bazar dengan menyewa canopy di Bazar Ramadhan di Kajang,saja nak cuba-cuba.Alhamdulillah ada rezeki aku dan anak-anak di situ.Selepas habis raya aku balik semula ke aktiviti jualan pasar malam kerana masih lagi tercari-cari tapak perniagaan yang meyakinkan.Pada tahun 1997,sempena Hari Menyambut 50 Kemerdekaan,aku menyewa Bazar Jualan 50thn Merdeka di Komplex PKNS Bangi pada bulan August dan di sambung ke bulan Sept sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.Setelah habis bulan Ramadhan, aku mula mencari-cari ruang di sekitar Kajang untuk mencari tapak tetap untuk berniaga.Akhir nya aku dapat menyewa satu tapak canopy di salah sebuah pasaraya di Balakong,bersebelahan dengan canopy yang di sewa oleh peniaga Pakistan yang kebetulan menjual barangan yang sama.Pakaian perempuan.Beberapa bulan sebelum masuk berniaga di Balakong tu baru  perasan ada peniaga melayu yang menjual pakaian dengan menyewa tapak di dalam pasaraya tersebut.Tapi bila aku mula berniaga di situ,perniagaan nya sudah tidak ada lagi.Tapak perniagaan sudah di ambil alih oleh orang lain.


Aku ingatkan,berdasarkan bilangan penyunjung yang ramai aku tidak akan ada masaalah dalam perniagaan kerana aku menjual pakaian wanita Melayu dan kebanyakkan pengunjung pasaraya tu adalah perempuan-perempuan Melayu.Setelah aku siap memasang kelengkapan dan menggantung pakaian dan barangan jualan  yang lain, baru aku perasan,kehadiran aku berniaga di situ tidak di senangi oleh peniaga Pakistan yang berniaga di canopy sebelah.Aku masih ingat lagi kata-kata pekerja Indon yang bekerja dengan peniaga Pakistan tu kepada aku selepas beberapa hari aku berniaga,"Bang,pengurus tu (Pengurus Pasaraya) bagi ke abang berniaga barangan yang sama dengan barangan yang tokey saya ni?"(merujuk kepada Pakistan).Saya katakan,"apa masaalah nya,tokey awak menjual baju yang yang berharga RM59 ke bawah,sedangkan saya menjual baju yang berharga RM59 ke atas,Saya menjual pelbagai jenis baju kurung & kebaya,sedangkan tokey awak hanya menjual baju kurung pesak sahaja.Jadi apa masaalah nya,"jawab aku selamba.


Beberapa hari selepas itu aku mula merasakan sakit di bahagian saraf,penyambung bahu dengan lengan.Sakit nya hanya akan terasa bila  aku menggunakan lengan tersebut ketika berbaring di sebelah kiri dan ketika mengangkat tangan untuk menanggalkan T-shirt.Lain lain pergerakan tidak mendatang kan sebarang rasa sakit langsung,walau pun sekiranya bahu tersebut di tampar!Saya ingatkan sakit dan sengal bahu tu di sebabkan oleh beban kerja yang saya tanggung sewaktu memasang peralatan di canopy jualan,ma'alomlah semua di buat sendiri nak jimat kos.Nasib baik ada anak lelaki yang tolong,ringanlah sikit beban tu.Puas berurut di beberapa tempat tapi sakit nya tidak juga hilang.

Masih ada kah lagi orang Islam membuat kerja khurafat seperti ini?
 Satu petang,ketika aku membelek-belek akhbar aku lihat seorang Pak Haji berumur sekitar 60an berdiri di sudut canopy sebelah kiri .Lagak nya sedang menunggu seseorang.Aku mempelawa nya duduk kerana kebetulan aku ada satu kerusi kosong yang tidak di gunakan.Setelah duduk, kami mula berbual-bual kosong.Kebetulan aku tidak ada pelanggan untuk di layan.Dari perbualan kami,aku kenal Tuan Haji ni berasal dari Gua Musang,Kelantan dan baru balik dari Melaka mengubat pesakit nya di sana.Bila tahu je dia boleh mengubat dan mengurut orang aku terus bertanya jika dia boleh mengurut lengan aku yang sengal dan sakit selama 2 - 3 bulan ni.Tanpa banya soal di beralih tempat berhampiran dengan aku dan mula mengurut bahu aku yang sakit tu.Hanya beberapa minit je proses urutan selesai.Ada sedikit rasa lega pada bahu aku selepas tu.


Setelah selesai, aku bertanyakan jika aku perlu memberi apa-apa bayaran sebagai tanda "pengeras atau mati ubat".Dia mengatakan tak perlu "lagi pun pengakit awak ni bukan teruk sangat yang memerlukan rawatan yang rumit",kata nya lagi.Kerana terasa keikhlasan Tuan Haji tu,aku lantas mengambil 2 unit dompit kulit,terus memasukkan ke dalam plastik dan menyerahkan kepada Tuan Haji tadi sebagai tanda terima kasih.Beberapa minit kemudian kelihatan isteri dan anak nya menolak "troli" menuju ke arah kereta yang di letakkan hanya beberapa meter dari canopy.Setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih atas pertolongan nya,Tuan Haji tu pergi kearah isteri dan anak nya untuk pulang.



Ingatkan masaalah  akan  hilang bersama dengan kehilangan rasa sakit dan sengal di bahu sebelah kiri aku tu.Rupa-rupa nya sakit tu sebagai salam pengenalan  ala sihir dari peniaga pakistan yang menyewa canopy sebelah dan di kendalikan oleh seorang pekerja wanita Indon.Perkara ini saya ketahui setelah empat bulan saya berniaga di situ.


Ketika aku sedang berehat menunggu pelanggan, seorang peniaga pakistan yang menjual barangan karpet dan "frame" yang bertentangan dengan kedai aku, datang dan memberitahu aku "Bang,hati-hati sikit dengan jiran sebelah (merujuk kepada peniaga Pakistan yang menjual baju bersebelahan dengan canopy aku)".
Aku tanyakan "Kenapa dengan jiran sebelah?"
Jawab pakistan tu,"Dia pernah beritahu saya, dia mau kasi lu beniaga dua bulan saja"
"Tapi sekarang ni dah 4 bulan lebih aku berniaga kat sini.Kenapa sekarang lu  baru mau kasi tau?" tanya saya lagi.Saja nak tahu apa yang di tahu.
"Ya laaaa, abang baru masuk sini saya tak boleh cakap,sebab saya tak tau lagi boleh ngam (kawan) dengan abang.Sekarang ni sudah tau you ok tak ada hal,jadi saya kasi tau la" kata nya lagi.


Sebenar nya saya tak heran sangan tentang apa yang di perkatakan nya tu.Dua minggu sebelum tu saya pergi berurut dengan seorang kenalan,kawan saya tu ada kata,"awak ni ati-ati sikit,awak dapat ni kat sarang syaitan" kata nya serious.Saya amati kata-kata nya.Dan saya faham bahawa saya sebenar nya di kenakan sihir tuju sebagai salam pengenalan oleh peniaga Pakistan yang berniaga bersebelahan dengan saya tu.


Saya tawakal,sekiranya itu yang terpaksa saya tanggung untuk mencari makan di bumi bertuah ini.Saya redho.Nak buat macam mana?.Nak cari lain lokasi dan pindah.Boleh je.Tapi selepas itu akan ada orang lain yang akan menjadi mangsa.Mungkin orang Melayu jugak.Pendatang yang tidak sedar dek untung macam ni,bila di beri peluang menumpang di negara kita ini tidak akan puas hati kalau perniagaan nya di saingi oleh mana-mana peniaga tempatan.Apa lagi orang Melayu.Tapi cara nya memang halus.Susah nak di bukti kan kebenaran nya.Siapa yang pernah mengalami nya saja akan faham putar belit nya.Mana nak faham,kita orang Melayu ni kan jenis yang baik hati.Kalau ada pendatang beri salam kat kita dengan cara yang amat berkhemah dengan menundukkan kepala dan senyum meleret,tentu kita sambut dengan hati terbuka .Tapi hakikat nya ini lah yang di nama kan api dalam sekam atau gunting dalam lipatan.


Lihat saja di TESCO Kajang malah di lain-lain pusat perniagaan di bandar bandar besar di Malaysia ni.Masuk satu dua orang peniaga Pakistan di kawasan tu,mula lah peniaga-peniaga tempatan yang berhampiran dengan nya akan gulung tikar.Bukan saja orang Melayu,orang Cina pun sama.Dan semakin sehari semakin ramai bilangan peniaga Pakistan yang akan datang berniaga di situ.Apa kah pendatang Pakistan ni lagi hebat ilmu perniagaan nya dari orang-orang tempatan di Malaysia ni?Jawab nya tidak.Yang betul-betul pandai tu memang lah ada.Sama macam orang tempatan jugak ada yang pandai dan kurang pandai berniaga.Tapi masaalah nya pertambahan bilangan nya saolah-olah menunjukkan semikian.Yang saya nampak satu je.Sihir pada kebanyakkan peniaga-peniaga Pakistan yang datang ke Malaysia ini seolah-olah menjadi satu ke mesti an!


Dan yang aneh nya dan amat menyedihkan, bila kita orang-orang Melayu sendiri seolah-olah menyambut kedatangan peniaga Pakistan yang penuh sihir ini dengan "penuh hormat!".Di pasaraya terkenal di Kajang,pagi petang siang malam tak ada lagu lain,lagu hindi,lagu hindi,lagu hindi..........pagi petang siang malam.(Saya baru komen kat Metro.com beberapa minggu lepas)Tak tau lah kalau sekarang dah stop.Banyak sangat ke keuntungan yang di perolehi pihak pasaraya tu dan pekerja-pekerja nya jika bilangan peniaga Pakistan ni semakin bertambah.Tak cukup ke pihak pasaraya  tu mendapat keuntungan dari pasaran orang-orang Melayu dan orang-orang tempatan yang lain?